Undang-undang kerakyatan British

Undang-undang kerakyatan British menerangkan syarat-syarat di mana seseorang itu diiktiraf sebagai warganegara United Kingdom. Enam kelas kerakyatan British mempunyai taraf hak awam dan siasah yang berbeza kerana status sejarah United Kingdom sebagai empayar penjajah. Kelas utama kerakyatan British ialah kewarganegaraan British, yang dikaitkan dengan United Kingdom sendiri dan tanggungan mahkota. Rakyat asing mungkin memperoleh pewarganegaraan sebagai warganegara British selepas memenuhi keperluan duduk menetap minimum (biasanya lima tahun) dan memperoleh status menetap.Warga British yang dikaitkan dengan wilayah luar negeri British merupakan warganegara wilayah luar negeri British (BOTC). Hampir kesemua BOTC (kecuali mereka yang dari Akrotiri dan Dhekelia) juga telah menjadi warganegara British sejak tahun 2002. Individu-individu yang mempunyai hubungan dengan bekas jajahan British mungkin boleh memegang suatu bentuk kerakyatan British lain, yang tidak memberikan hak tempat tinggal automatik di United Kingdom dan secara umumnya mungkin tidak lagi diperolehi. Kerakyatan lain ini ialah warganegara luar negeri British, rakyat British, warga British (Luar Negeri) dan orang dilindungi British.Kesemua orang yang lahir di Kepulauan British sebelum 1 Januari 1983 secara automatiknya diberikan kewarganegaraan melalui kelahiran tanpa mengira kerakyatan ibu bapa mereka. Individu yang dilahirkan di wilayah-wilayah tersebut sejak tarikh itu hanya menerima kewarganegaraan semasa lahir jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa mereka merupakan warganegara British atau memegang status yang telah ditetapkan. Warga luar negeri mungkin diberikan status pewarganegaraan sebagai warganegara British selepas memenuhi suatu keperluan menetap minimum (sekurang-kurangnya lima tahun) dan memperoleh status yang ditetapkan.United Kingdom sebelum ini merupakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan warganegara British memegang kewarganegaraan penuh EU. Mereka telah memegang kebenaran automatik dan kekal untuk tinggal dan bekerja di mana-mana negara EU atau Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) dan dapat mengundi dalam pilihan raya untuk Parlimen Eropah. Walaupun UK telah menarik diri daripada kesatuan tersebut pada tahun 2020, warganegara British terus memegang kebenaran tetap untuk bekerja dan menetap di Republik Ireland sebagai sebahagian daripada Kawasan Perjalanan Bersama.

Rujukan

WikiPedia: Undang-undang kerakyatan British https://assets.publishing.service.gov.uk/governmen... https://web.archive.org/web/20190328215035/https:/... https://publications.parliament.uk/pa/ld200506/ldl... https://heinonline.org/HOL/LandingPage?handle=hein... https://web.archive.org/web/20211023065143/https:/... https://assets.publishing.service.gov.uk/governmen... https://www.gov.uk/government/collections/national... https://www.gov.uk/government/publications/nationa... https://assets.publishing.service.gov.uk/governmen... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh20081008...